Akaun kedaiberjaya.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PAKEJ BUKU WOW

PAKEJ BUKU WOW

"Jika anda IBU atau AYAH yang mempunyai anak yang sedang belajar MEMBACA dan MENULIS.....baca betul betul cerita kami"


Lihatlah senarai idea-idea AKTIVITI yang ibu ayah boleh lakukan bersama-sama anak di rumah menggunakan PAKEJ BUKU WOW


Tonton video dibawah untuk FAHAM bagaimana mengajar BUNYI HURUF




Aktiviti 2 : Ibu, ayah....Bacakan Buku Untukku !!


Ibu/Ayah perlu meluangkan sedikit masa untuk MEMBACAKAN buku kepada anak-anak. Jangan biarkan anak kecil anda  membaca sendirian. Walaupun buku itu sangat bagus sekalipun dan ditulis oleh penulis terhebat sekalipun, anak-anak tetap memerlukan bimbingan dan perhatian ibu dan ayah.

Bacakan untuk anak anda :

Ini bunyi "a"
"a"... ayam
"a"... api
Ini ayam... Ini api..

Anda boleh membacakan buku dan membunyikan huruf mengikut KAEDAH FONIK

Membacakan buku kepada anak-anak dapat membina perhubungan neuron-neuron 'bahasa' dalam otak anak-anak anda. 

Ia juga penting untuk membantu perkembangan kognitif mereka. 

Kajian telah dijalankan dan hasilnya merumuskan bahawa perkembangan perbendaharaan kata (jumlah perkataan yang difahami) bagi kanak-kanak yang sudah didedahkan dengan pembacaan buku  sejak bayi akan meningkat jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak dibacakan buku.

Ibubapa amatlah digalakkan supaya: 

1. Mula MEMBACAKAN buku kepada anak-anak sejak bayi. 
2. Tidak perlu menunggu anak-anak mencapai umur-umur tertentu untuk mula MEMBACAKAN cerita kepada mereka. 
3. Jadikan aktiviti MEMBACAKAN buku kepada anak-anak sebagai rutin.


CERITA PUAN SUHAILA


Pagi pagi lagi dah mula mewarna huruf guna teknik yang RAJA PENSIL WARNA, UNEH ajarkan semasa di Malaysia Islamic Children Fair ( MICF)  Baca kuat sama sama dua beradik ni. 

Mawaddah: Hobi kakak membaca.
Marwan: Hobi marwan dulu bermain lepas tu Tengok TV. Sekarang Hobi marwan membaca. Seronoknya membaca !
Mama: Alhamdulillah. Moga istiqamah ya marwan


Aktiviti 4 :  Jom Cari Huruf, Susun Huruf dan Bina Perkataan




CERITA PUAN FARAHLIZA 

Aktiviti ABC anak anak hari ini. Seronok diorang ibu ada aktiviti best. Gigih si ibu mencari straw...Gunting straw pendek2. Lekat di belakang kad huruf yang comel lagi menawan. Best betul ada kit ni. Macam2 aktiviti boleh buat. Bak kata 'cikgu' ibu. "Bahan belajar berlambak. Malas dan rajin je mak mak ni" Lepas da lekat tu, masukkan huruf dalam fur pipe. Batang yg bulu2 tu....Leka lah anak2 masukkan huruf dalam pipe tu. Perkataan ikut dalam Buku Aktiviti Kit Seronok membaca. Alhamdulillah. Anak anak memang suka buat benda begini. 





AKTIVITI MEMBINA SUKU KATA :

Bahan-bahan

1-Kad huruf bersaiz kecil berwarna warni
2-
Buku Aktiviti Kit Seronok Membaca
3-Furry pipe (dawai kraft berbulu)
4-Straw
5-Selefon tape

Cara-cara:

1-Gabungkan (pintalkan) 2 batang furry pipe supaya menjadi lebih tebal.
2-Gunting straw kepada bahagian-bahagian yang lebih pendek dengan anggaran panjang 3cm.
3-Tampalkan straw yang telah digunting tadi di belakang kad huruf dengan menggunbakan selefon tape.

Arahan:

1-Sediakan tempat yang kondusif, selesa dan bersih untuk anak-anak belajar.
2-Susunkan kad-kad huruf (yang sudah ditampalkan straw di belakangnya) di atas permukaan yang rata.
3-Letakkan Buku Aktiviti Kit Seronok Membaca di hadapan anak anda.
4-Minta anak anda mencari huruf yang diperlukan untuk mengeja perkataan seperti yang tertera pada Buku Aktiviti Kit Seronok Membaca
5-Berikan furry pipe kepada anak anda.
6-Minta anak anda menyusun kad huruf (dengan ejaan yang betul) dengan memasukkan furry pipe ke dalam straw di belakang kad huruf.
7-Simpan aktiviti ini supaya anak-anak mudah untuk melihat dan membaca berulang kali. Mereka pasti rasa gembira sekiranya hasil kerja mereka dihargai!
8-Jangan lupa untuk sentiasa memberikan galakan dan pujian atas usaha anak-anak!

Aktiviti 5 : Hiaskan Huruf itu !!

Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara mewarna, mencorak atau boleh juga menggunakan kaedah kolaj! 

Anak-anak perlu dibimbing untuk menghiaskan outline huruf yang terdapat dalam buku ini.

Mewarna boleh dilakukan dengan pelbagai teknik : Stippling, Hatching, Cross-hatching, Back and forth stroke atau Scumbling.

Mencorak boleh dilakukan dengan membimbing anak-anak untuk melukis corak atau pattern yang pelbagai pada outline huruf. 

Garisan, bulatan, zig-zag, ombak, bintang atau huruf.

Kolaj pula boleh dilakukan dengan pelbagai medium seperti kertas, kekacang, pasir, manik, dan kapas


Aktiviti 6 : Tampal gambar disini !!

Anak-anak perlu menampalkan sticker yang betul pada ruang yang disediakan.

Proses menarik dan menampal sticker juga adalah salah satu bentuk latihan untuk meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.

Aktiviti 7 : Surih dulu, kemudian sebut

Ajarkan anak anda menyurih huruf (menyambungkan titik-titik) di dalam buku ini, dengan kaedah yang betul. Gunakan arahan yang mudah mereka fahami.

Contohnya:

Huruf a. Bulat...Turun bawah...
Huruf b. Garis...Pusing...
Huruf c. Pusing sikit...siap!
Huruf d. Pusing...Garis...

Aktiviti 8 : Cuba Tulis ya !!

Minta anak anda menulis perkataan dengan meniru PERKATAAN  yang terdapat pada Buku Aktiviti Kit Seronok Membaca

Galakkan anak anda untuk memegang pensel dengan cara yang betul.

Mengapakah kemahiran menulis ini penting? 

1. Mengurangkan bebanan kognitif (melibatkan aktiviti intlektual).
Anak yang telah mahir dengan skil-skil asas tidak akan terbeban untuk melakukan skil-skil yang lebih tinggi tahapnya. 

2. Meningkatkan keyakinan diri.
Anak-anak yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah akan cepat berputus asa, kurang motivasi, dan kurang keyakinan diri. 

3. Meningkatkan perkembangan minda.
Kanak-kanak yang lambat menulis merasakan susah untuk mereka menulis dan mengeluarkan idea-idea mereka di atas kertas. 

4. Melancarkan kelangsungan menulis di peringkat lebih tinggi.
Perkembangan kemahiran menulis adalah salah satu turutan dalam proses yang bermula sebelum persekolahan.